kenali diri; bukan tok kenali!

ketemu saya di facebook!

2 April 2013

kategori bangsat!

lama aku tak menulis, ni baru nk mula balik. tapi malangnya, hamburan kasar dan caci maki yang akan aku ceritakan. wahai sang penjaga tanah! jangan lah kau lahanat aku mahupun pulaukan aku. aku takuttttttttttttt.

sebenarnya aku malas nk menulis disini, tapi rasanya dh xda tempat aku nk menulis rasanya. aku malas! skrg aku benar2 berada di zon yang malas. bukan malas nak bertindak tapi malas nk menulis di blog sendiri. jgn salah faham dan salah tafsir diatas malas aku itu.

tadi, aku ke seksyen 2. nak beli barang untuk shooting. entah apa lahanatnya manusia sorang ni. yang jelasnya dia bertudung dan wanita separa umur 30-an (itu yang aku agak). aduhhhh malasnya nak bercerita. kan best kalau aku dpt bercerita guan video je. tapi aku malas nak regester acc keek tu. nanti aku terjebak.

ok, sambung lah sikit cerita pasal makcik kepok tu. aku tgh nk bayar kt kaunter kedai aunty maria tu.
aku malas! aku malas! aku malas!
dah la, nanti ada masa aku sambung cerita yang tergendala ni. mood tak baik.

27 December 2012

rindu penulisan

sebenarnya, aku dah lama tak menulis dan tak tahu nak start dari mana. 
itu je yang mampu tulis hari ni.

*semoga, akan ada jalan dan petunjuk utk aku mula menulis kembali

22 July 2012

internship di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)


Salam semua. hari ni masuk hari ke 7 aku praktikal kat sini. bosan sikit la tambah2 waktu pagi. sebab office kan memang takda benda nak buat. so, apa yang aku buat nak hilangkan boring kat kepala. aku minta la gambar2 dgn abg yang jaga aku tu. maksud aku dia tu supervisor aku la. haha

gambar ni dia shot dalam awal bulan julai hari tu. yela, aku kan masuk dah nak bulan puasa. memang tak banyak event lah kan. bukan macam kawan2 aku yang intership kat mana2 company press. memang gelap gulita lah kulit dyaowang sebab outing hari2. hahaha

tapi, xpa. hujung minggu ni gua ada event besaq. program semarak ramadhan kat masjid kampung temonyong. so, nanti ada la banyak jugak koleksi gambar gua nak present bila buka sem depan.

setakat ni je kot nak bebel. ni pon entry kedua aku semenjak aku dah masuk praktikal ni. bukan takda masa sangat pon nak menaip entry, tapi entah la macam takda idea sangat. maybe jugak bulan puasa kot.

so, kepada semua manusia2 diluar sana - saya dengan rendah hati mengucapkan selamat berpuasa ye. semoga ramadhan kali ni akan membawa seribu keberkatan kepada kita.







21 July 2012

taraweh malam kedua

asslamualaikum n selamat pagi semua


lambat sikit aku ucap selamat berpuasa. hari ni dah hari kedua dah kan
aku online je time keja (praktikal) tapi macam tak cukup masa nak update blog. keja tu takda la banyak mana tapi segan lah kan asyik nak mengadapa lappy je kan. dah la aku budak baru. so, kena la control2 sikit


nak cerita pasal malam teraweh kedua.
malam taraweh pertama aku solat kat surau kampung aku ja. owh lupa, aku dah pindah duduk rumah makngah aku sekarang di kg.kuah. bukan apa, senang sikit nk datang keja kan. dari rumah makngah aku nak datang tempat keja ambik masa 5minit je, tapi kalau dari rumah aku dekat 30minit jugak nak sampai. sudah la bualn puasa, memang takla aku nk drive dari rumah nuh haa


so, semalam aku pon dengan makngah n 2 orang sepupu aku yang kecik molek jalan kaki pergi surau. aku ok je waktu pergi tu. siap boleh sembang n gurau-gurau lagi dengan 2 orang cousin aku tu. aku boleh je buat solat sunnat sebelum masuk waktu isyak.


nak jadi cerita, masa nak jemaah solat isyak tu, rakaat pertama - aku boleh pitam pastu badan jatuh ke belakang. wakti imam tengah baca surah al-fatihah tu aku dah rasa macam pening2 n panas kat kepala. then, badan rasa panas sangat. aku ingat sempat la nak rukuk tapi baru je imam nak baca surah kedua. gedebukkk! aku dah jatuh.


nasib baik la ada adik kat belakang aku tu sempat pegang kepala aku. aku takla pulak pitam terus, cuma jatuh n masih sedar lagi. aku terus je bangun walaupun waktu tu kepala aku tak berapa nak betul lagi. badan rasa panas sangat, aku sandar jup kat belakang surau tu sampai aku rasa ok. pastu aku pi ambik wuduk balik n sambung sembahyang isyak. taraweh aku sempat buat 4 rakaat je, sebab macam tak boleh nak berdiri lama. pastu sambung buat witir. semua orang tengok2 aku je, aku buat tak tau je.


jenuh la aku pikir, apa sebab aku boleh jatuh pulak time solat tu. tapi maybe jugak sebab panas waktu tu, macam berhimpit je masa nak solat tu, pastu cuaca pon panas semalam n maybe jugak first puasa. badan aku tak tahan sangat. ini baru kali kedua kot aku pengsan macam ni. first dulu tahun 2009 kot. masa tu baru lepas cabut gigi. 


aku ingat lagi kejadian ni, minta la jangan berulang lagi. 

17 July 2012

puisi - malam ini



ya, malam ini
malam yang gelap di kampung ku,
di atas katil rumah ku,
bersandarkan bunyi cengkerek tanah
diiringi bunyi cicak yang sedang berasmara.


ya, malam ini
tiba-tiba rasa hiba di jiwa ini
menulis mesej dalam bimbit keras
berbasikan bait-bait bahasa luka
berpuitis tentang tingkah laku
hidup yang dirasakan tidak pernah berubah.


ya, malam ini
kenapa hidup itu tidak berubah?
ah! kau persoalkan ia dalam hatimu malam ini
soalan itu tidak akan terjawab
selagi kau belum bangun untuk berubah.


usahlah kau berpuitis lagi
tiada apa yang akan berubah jika kau terus duduk di lekuk itu


ya, malam ini
hujan tiba-tiba turun dengan renyainya
mungkin kerana sekarang bulan julai dan juga musim hujan
atau hujan itu faham akan perasaanmu?
ah! (mengeluh lagi), usahlah kau perasan wahai hati


ya, malam ini
malam yang menjadi saksi
setahun tempoh dan syaratku untuk mu
jika kau masih begini
malam ini tetap akan begini.


julai 2012
shamieraazni